Pengguna Cuckoo Meninggal Dunia. Apa perlu anda buat?

pengguna cuckoo meninggal dunia

PENGGUNA CUCKOO MENINGGAL DUNIA. APA PERLU ANDA BUAT?

Jika seseorang pengguna produk Cuckoo yang masih lagi dalam kontrak meninggal dunia, apakah yang perlu anda lakukan sebagai waris?

Pertama pengguna dan waris perlu memahami beberapa terma penting kontrak anda bersama Cuckoo:

  1. Sekiranya anda memilih pelan RENTAL, maka kontrak anda adalah bersama Cuckoo.
  2. Sekiranya anda memilih untuk pembelian Outright dan pembayaran menggunakan KAD KREDIT, maka kontrak anda adalah bersama bank yang menyediakan khidmat kad kredit
  3. Sekiranya anda memilih pembelian secara CASH, maka anda tidak tertakluk kepada mana-mana kontrak

Bagi yang memilih kontrak RENTAL, sebaik sahaja pengguna meninggal dunia pewaris ada dua pilihan. 

  1. Pulangkan semula pada CUCKOO tanpa sebarang penalti atau
  2. Pewaris boleh terus sambung bayar.
Pilihan 1 : PULANGKAN SEMULA
 
Macamana nak pulangkan semula pada Cuckoo HQ? Pewaris hanya perlu hubungi Hotline Cuckoo 1 800 88 8181 untuk memaklumkan kematian penyewa. Kemudian hantarkan saja sijil kematian kepada Cuckoo.
 
Produk Cuckoo tersebut akan diambil semula oleh pihak Cuckoo. Pewaris tidak perlu membayar baki sewa (yang masih dalam tempoh kontrak) lagi.
 
Pilihan 2 : SAMBUNG BAYAR
 
Pewaris hanya perlu hubungi Cuckoo Customer Service untuk memaklumkan kematian pelanggan.
 
Kemudian hantarkan sijil kematian dan maklumkan yang waris ingin menyambung kontrak. Pihak Cuckoo akan minta beberapa maklumat daripada pewaris
 
  • Nama
  • IC
  • No kad debit/kredit
  • Alamat
  • No telefon
  • Emel
  • Waris terdekat
Selesai memberikan maklumat, pewaris dikira bersetuju untuk menyambung kontrak dan boleh menggunakan produk Cuckoo tersebut seperti biasa.
 
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi ejen Cuckoo berdaftar atau call Careline Cuckoo di 1 800 88 8181.

SENARAI OFFICIAL BRANCH CUCKOO MALAYSIA
Cuckoo Johor | Cuckoo Melaka | Cuckoo Negeri Sembilan | Cuckoo Selangor | Cuckoo Perak | Cuckoo Kedah | Cuckoo Penang | Cuckoo Perlis | Cuckoo Kelantan | Cuckoo Terengganu | Cuckoo Pahang | Cuckoo Sabah | Cuckoo Sarawak | Cuckoo Putrajaya | Cuckoo Labuan

error: Content is protected !!

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home2/cuckoosa/public_html/wp-includes/functions.php on line 5420