Kelebihan Tilam Cuckoo

tilam cuckoo

Tilam Cuckoo diperkenalkan pada 2021 hasil kerjasama Cuckoo Malaysia dengan LSK Napure Sdn Bhd. Berikut kelebihan tilam Cuckoo berbanding jenama lain di pasaran.

1. 100% Natural Latex (Getah Asli)

  • Hanya tilam premium sahaja yang menggunakan getah asli 100% tanpa campuran dengan bahan-bahan sintetik yang lain.
  • Tilam yang menggunakan ‘Natural Latex’ sudah pasti dapat membuat anda tidur dengan sangat selesa, kurangkan sakit belakang dan sengal badan, luruskan postur tulang belakang, anti-alergi dan anda tidak perlu risau akan bahan kimia sintetik digunakan pada tilam anda.
  • Tilam yang menggunakan getah asli kurang bau, tidak seperti tilam-tilam sintetik yang menghasilkan bau yang kuat walaupun digunakan selama bertahun-tahun. 

2. Selamat & Bebas Bahan Kimia Aniline – Pertama di Malaysia!

  • Aniline adalah bahan kimia yang biasanya digunakan untuk pelbagai tujuan termasuklah untuk menghasilkan produk polyurethane foam yang digunakan untuk membuat kusyen, tilam, sofa dsb.
  • Aniline adalah bahan kimia yang bertoksik dan dapat membahayakan kesihatan apabila kita menghidu, makan/minum atau apabila bersentuhan dengan kulit kita. Tilam Cuckoo x Napure adalah diperbuat daripada getah asli dan 100% bebas Aniline.

3. Penjagaan Tulang Belakang

  • Ketahanan dan keanjalan getah asli (Natural Latex) membantu untuk memastikan belakang anda berada dalam postur yang betul semasa tidur dan berbaring. Ini adalah sangat penting bagi penjagaan tulang belakang. 
  • Tilam yang terlalu lembut boleh menyebabkan sakit belakang. Tilam yang terlalu keras juga dapat menyebabkan poin-poin tekanan (pressure points) yang tidak selesa.

4. Unique 7-Zone Spine Support

  • Kajian telah dibuat dan hasilnya menunjukkan bahawa getah Napure adalah sangat bagus dalam meminimakan poin-poin tekanan semasa anda baring sekaligus dapat mengurangkan pergerakan dan bertukar-tukar posisi ketika tidur. 
  • Dengan gabungan 7 zon yang berbeza pada bahagian Natural Latex ini dapat menyokong tulang belakang anda untuk postur tidur yang lebih baik.

5. Natural Latex – Sangat Selesa!

  • Tilam yang diperbuat daripada getah asli dapat memberikan keselesaan yang luarbiasa.
  • Tilam Cuckoo dihasilkan dengan getah asli yang mana ia sangat lembut dan anjal buat anda rasa seperti terapung-apung ketika baring di atasnya. Ini adalah kerana getah asli itu sendiri bertindak seolah-olah ‘spring’ semulajadi dan buat anda rasa sangat selesa. 

6. Kurang Pergerakan (Zero Motion Transfer)

  • Kelebihan tilam Cuckoo Napure Latex dapat menyerap pergerakan, getaran dengan sangat efektif.
  • Walaupun pasangan anda bergerak-gerak ketika tidur, anda tidak lagi rasa terganggu kerana tilam tersebut telah menyerap pergerakan pasangan anda. Tidur terasa lebih lena, nyenyak dan tidak terganggu dengan tilam Cuckoo x Napure.

7. Sesuai Untuk Orang Yang Ada Alergi – Hypoallergenic

  • Manusia tidur secara purata selama 8 jam sehari, maka tilam yang kita gunakan seharusnya bebas bahan kimia, kulat, bakteria, hama dan sebagainya agar tidur anda lebih sihat dan selamat.
  • Tilam ini telah diuji secara klinikal bahawa ia tidak menyebabkan sebarang alahan/alergi pada kulit manusia walaupun ke atas kulit bayi. 
  • Tilam Cuckoo x Napure telah melepasi ujian Skin Irritation Test dan Skin Sensitization Test dan terbukti secara klinikal dan intensif bahawa tilam ini tidak menyebabkan iritasi kulit walaupun pada kulit yang luka.
  • Ujian selama 3 minggu pada kulit badan juga telah dilakukan dan terbukti bahawa tiada sebarang tindak balas pada alahan (allergy) individu tersebut. 

8. Lebih Sejuk & Pengudaraan Baik

  • Getah asli Napure direka khas dengan sel terbuka (open cell) dapat memastikan pengudaraan yang baik sekaligus mengawal suhu badan anda ketika anda tidur.
  • Kepanasan tubuh badan anda tidak akan kekal pada tilam Cuckoo. Pengudaraan yang baik akan memastikan tidur malam yang terasa lebih dingin. 

9. Lebih Tahan Lama & Tahan Lasak

  • Kelebihan Tilam Cuckoo Natural Latex adalah tilam yang mempunyai tahap ketahanan paling kuat dan lasak.
  • Ketahanan ini membuatkannya ‘sedap’ digunakan walaupun sudah bertahun-tahun lamanya, namun ia tetap kekal selesa. Ini antara sebab mengapa ramai yang memilih tilam getah asli kerana ia lebih tahan lama dan menjadikannya pelaburan yang lebih berbaloi.
  • Tilam Cuckoo telah diuji dan mendapat pensijilan daripada LGA (Landesgewerbeanstalt Bayern) Qualitest GmbH dengan tahap kecemerlangan 97/100 mata. 

10. Pengalaman Luas Dalam Industri Tilam

  • Syarikat LSK telah tertubuh sejak tahun 1975 dan bukanlah baru dalam pembuatan tilam kualiti tinggi. 
  • Berbanding jenama-jenama pesaing yang lain, tilam Cuckoo x Napure boleh dikatakan syarikat tilam yang lebih matang kerana telah berpengalaman menghasilkan tilam sejak bertahun-tahun lamanya. 
  • Dengan pengalaman yang lebih lama dan RnD yang telah dilakukan, sudah pasti tilam Cuckoo x Napure menghasilkan tilam-tilam yang lebih baik berbanding pesaing-pesaing lain di dalam industri yang sama. 

11. Pensijilan Tilam Cuckoo

Tilam Cuckoo mempunyai 6 sijil yang diiktiraf hingga ke tahap antarabangsa. Antaranya:

    • The Malaysia Book of Records
      • Malaysia Largest Natural Latex Bedding Manufacturer (Pengilang tilam getah asli terbesar di Malaysia)
      • Malaysia 1st Aniline Free Natural Latex Mattresses
    • ECO Institut
      • Tilam Napure telah diuji oleh badan ECO Institut dari Jerman dan terbukti bahawa tilam Cuckoo x Napure ini adalah
        • 100% Natural, 0% Bahan Sintetik
        • Pure Latex / Getah Asli tanpa tambahan (fillers)
        • Tidak mengandungi bahan kimia merbahaya seperti Pentachlorophenol dan Tetrachlorophenol
        • Bebas Aniline
    • LGA Qualitest GmBH
      • Tilam ini telah diuji dengan teknologi LGA daripada Jerman sebanyak 60,000 kali tekanan 1400 N. Hasilnya 97%
    • Lembaga Getah Malaysia
      • Terbukti tilam ini sangat kuat untuk menerima sebarang tekanan atau regangan
    •  Hypoallergenic
      • Seperti yang telah disebut di atas sebelum ini
    • FDA Approved Standard
      • Napure hanya menggunakan bahan kimia pemprosesan getah yang mencapai dan melebihi piawaian FDA (sangat selamat)

12. Servis Setiap 4 Bulan

  • Servis ini disediakan oleh pihak Wonderklean Cuckoo setiap 6 bulan di rumah pelanggan sehingga tamat tempoh kontrak.
  • Servis ini adalah bagi memastikan tilam anda bebas kuman dan bakteria. Bahkan hama (dust mites) dan pepijat (bed bugs) juga dapat dihapuskan daripada tilam anda.
error: Content is protected !!