Kelebihan Penapis Air Cuckoo

KELEBIHAN PENAPIS AIR CUCKOO

kelebihan penapis air cuckoo

Penapis Air Cuckoo Beyond Standards

1. WATER beyond STANDARDS

  • Kaya dengan mineral
  • Tiada logam berat
  • Air beralkali ringan
  • 99.99% bebas virus dan bakteria 

2. FILTERS beyond STANDARDS

  • 6 Peringkat Penapisan
  • Mengekalkan mineral dalam air (Natural Filter)
  • Menyingkirkan logam berat (Nano Positive Filter)
  • Tiada pembaziran air

3. SERVICE beyond STANDARDS

  • Filter ditukar setiap 4 bulan
  • Electro and steam sterilisation
  • 15-point check and maintenance
  • Servis dilakukan oleh Natural Doctors and Natural Doctresses yang terlatih

4. TECHNOLOGY beyond STANDARDS

  • Tangki air stainless steel
  • Electrolysis Sterilisation Technology (IN & OUT Auto Sterilisation)
  • Boleh dipasang di kawasan tekanan air rendah
  • Terdapat air panas, air sejuk dan air suhu bilik
  • Menjimatkan elektrik
cerek penapis air

Masih Masak Air Guna cerek?

Sudah menjadi satu kemestian apabila kita hendak minum air bersih, air mesti dijerang atau dimasak dahulu bagi mematikan kuman atau bakteria bertujuan untuk mengelakkan diri kita dari terminum air yang tercemar.

Persoalannya, benarkah jika kita masak air menggunakan cerek akan sepenuhnya matikan kuman atau bakteria dalam air? Apakah air benar-benar bersih jika hanya dimasak menggunakan cerek? Adakah masih relevan zaman penuh dengan pencemaran, kita masih lagi menggunakan cerek untuk memasak air?

Cerek Membahayakan?

Zaman sekarang merupakan zaman yang penuh dengan pencemaran, tidak seperti zaman dahulu pencemaran masih kurang jika hendak dibandingkan dengan zaman sekarang.

1.PENGGUNAAN ELEKTRIK YANG TINGGI

Tahukah anda sebenarnya Cerek Elektrik menggunakan elektrik yang sangat tinggi ketika menjerang air?

Ya, ketika menjerang air, penggunaan elektrik meningkat mendadak sehingga 100kW.

Hal ini menyebabkan pembaziran elektrik setiap kali menjerang air.

2.”COIL” DAN DINDING CEREK BERKARAT

Anda rasa air yang diminum masih selamat dan bersih jika keadaan cerek elektrik sebegini rupa?

Penebat ataupun “Coil” di dalam cerek tersebut akan menjadi karat sekiranya kekerapan yang digunakan adalah tinggi.

Dinding cerek tersebut akan berkerak dan akan menyebabkan kita minum air yang berkarat dan tidak bersih.

3. KANDUNGAN LOGAM BERAT

Hanya dengan menjerang air tidak akan menghilangkan kandungan logam berat dalam air yang diminum. 

Menjerang air hanya akan mematikan kuman dan tidak kepada logam berat.

Logam berat sangat bahaya dimana boleh menyebabkan penyakit penyakit kronik dan kanser.

4. BAHAYA CEREK PADA KANAK-KANAK

Cerek yang sedang mendidih panas sangat membahayakan kanak-kanak. 

Cerek yang panas tanpa sebarang penebat akan  mengakibatkan kecederaan pada tubuh badan jika kecuaian berlaku.

5. BAHAYA AIR YANG DIJERANG BERULANG

Tahukah anda sebenarnya merbahaya jika kita menjerang air yg sama berulang kali?

Ya, sangat bahaya kerana air yang dijerang berulang kali akan menyebabkan struktur molekul air tersebut akan berubah.

Ini memberikan kesan negatif pada buah pinggang dan merupakan punca berlakunya batu karang.

cuckoo air boring

Nak Pasang Cuckoo Guna Air Boring Boleh Ke?

Inilah persoalan yang sering ditanya jika sumber air di rumah pelanggan menggunakan air boring. Biasanya pengguna air boring mempunyai masalah:

  1. Air Berlumpur
  2. Air Berwarna Seperti Karat
  3. Air Berbau
  4. Air Berkeladak

Ada satu jalan penyelesaian untuk masalah pengguna air boring iaitu dengan memasang Penapis Air. 

Seperti kita tahu, Penapis Air berfungsi untuk menapis segala kotoran, kuman, bakteria, keladak dan karat dalam air.

Tetapi, tidak semua Penapis Air sesuai untuk digunakan di kawasan yang menggunakan air boring KECUALI Penapis Air Cuckoo.

Kenali Air Boring?

Air Boring merupakan salah satu sumber air alternatif yang banyak digunakan di Negeri Kelantan.

Ia sebenarnya ialah air yang dipamkan melalui proses penggerudian (Boring) dari air bawah tanah ke permukaan melalui laluan paip.

Sumber air bawah tanah di sesuatu kawasan itu akan diambil dari lapisan batuan keras granit atau batuan keras lain dan air disedut dari dalam tanah lebih daripada 20 meter atau beratus meter dari permukaan bumi.

Merujuk kepada beberapa kajian, Air yang diekstrak dipercayai lebih berkualiti dan tidak mudah tercemar berbanding air yang dirawat dari sungai dan kolam.

Air Boring (telaga tiub) telah menjadi bekalan air yang banyak digunakan di negeri Kelantan sebagai bekalan harian.

Akan tetapi, jika berlaku hujan lebat dan berterusan akan menyebabkan air yang disalurkan ke rumah pengguna berlumpur dan berbau.

Disebabkan itu, pengguna air boring perlu menggunakan Penapis Air Cuckoo untuk mendapat air mineral yang sihat untuk diminum.

Air Boring dan Cuckoo

Kebanyakan jenama penapis air yang dijual di luar sana tidak sesuai untuk pasang penapis air.

Tetapi, kelebihan penapis air Cuckoo boleh digunakan untuk mendapat air yang lebih bersih dan sihat.

Kenapa perlu pasang Penapis Air?

  1. Untuk menghilangkan lumpur dalam air
  2. Untuk menapis dan membunuh kuman dan bakteria dalam air
  3. Untuk menghasilkan air mineral beralkali rendah yang baik untuk kesihatan
  4. Untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dalam air

Sebelum memasang penapis air Cuckoo, pastikan rumah anda mempunyai tekanan air. Tidak perlu tekanan yang terlalu kuat, cukup hanya ada tekanan air sudah boleh pasang.

Jika tekanan air sangat terlalu rendah, anda perlu pasang pam dahulu di dalam rumah supaya ada sedikit tekanan.

Berapakah harga penapis air Cuckoo yang sesuai untuk Air Boring?

Harga yang paling mampu milik untuk sebuah penapis air hanya RM 58 sebulan untuk 7 tahun.

Percuma servis tukar filter setiap 4 bulan dan waranti selama 7 Tahun. Pendaftaran, penghantaran dan pemasangan adalah PERCUMA.

error: Content is protected !!

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home2/cuckoosa/public_html/wp-includes/functions.php on line 5420