Aircond Inverter atau Non Inverter?

aircond inverterDalam zaman digital ini, teknologi yang efisen menjadi pilihan setiap orang. Dengan kelebihan aircond inverter yang mempunyai teknologi penjimatan elektrik, tidak hairanlah ia merupakan antara produk elektrik yang popular dikalangan penguna.

Apakah fungsi inverter dalam sebuah aircond? Fungsi utama inverter adalah sebagai mengawal kelajuan motor pemampat (Compressor) untuk terus mengawal suhu. Perbezaan antara teknologi bukan inverter, sistem penyaman udara ini akan hidup secara maksimum sebelum mati apabila suhu dikehendaki dicapai dan proses ini berulang.

Walaupun harga sebuah penyaman udara inverter lebih mahal berbanding bukan inverter tetapi dengan kelebihan yang ada ianya pasti menjadi pilihan pengguna. Di sini kami kongsikan 4 kelebihan mengapa anda perlu memilih aircond inverter?

1. Perubahan Suhu Yang Minima dan Lebih Selesa

Dengan teknologi inverter, penyaman udara dapat mengekalkan kecekapan suhu yang dikehendaki. Ini juga dapat mengelakkan perubahan suhu yang mendadak dari rendah ke tinggi. Oleh itu, sistem ini dapat memberi keselesaan kepada pengguna.

2. Kurang Kesan Bunyi Pada Pemampat dan Unit Dalam

Sistem aircond inverter lebih senyap semasa beroperasi. Ini kerana tidak seperti aircond biasa, ia tidak hidup dan mati secara automatik setiap kali had suhu tercapai. Aircond ini akan terus hidup dengan minima dan akan menyesuaikan suhu secara berterusan.

3. Penjimatan Elektrik Sehingga 40%

Aircond inverter berfungsi semakin dekat suhu bilik, semakin turun kelajuan pemampat. Oleh itu, kami sarankan, anda membeli unit cukup besar dan bersesuain dengan saiz ruang atau bilik. Selain itu, melakukan servis aircond secara berkala juga dapat memastikan sistem aircond berfungsi dengan tahap yang paling optimum.

4. Penggunaan Gas R410A Lebih “Ozone Friendly”

Pelepasan gas ini tidak akan memberi kesan kepada alam sekitar terutamanya system penipisan ozon dunia. Ia menjadi pilihan pengguna dengan 5 bintang tenaga efisen.

Penggunaan aircond bukanlah suatu kehendak tetapi dengan cuaca yang tidak menentu, penyaman udara menjadi sesuatu pelaburan jangka panjang kepada pengguna disamping memberi keselesaan seisi keluarga.

error: Content is protected !!

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home2/cuckoosa/public_html/wp-includes/functions.php on line 5420